cLick...cLick...

My photo
my name is nurul hidayah..but u can call me azi.

my playlist

Wednesday, October 21, 2009

RenuNg Dan BerSyUkUr...

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.
Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34) Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)
Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13) Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya? Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.
Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung? Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil. Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!
Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21) Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.

10 NasiHat uNtuK Mu...

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

BerteMu BerpIsah KeraNa ALLAH swt

Pertemuan antara kita, Tidak pernah dirancang, Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil, Yang mengetahui suara hati antara kita, Yang mengimpikan kehadiran seorang insan, Bergelar teman... Walaupun bukan aku yang diharapkan, Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu, Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti, Namun, Tiada walau secalit kekecewaan, Apatah lagi kekesalan di hati ini, Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini, Kerana dengannya, Terjalinlah sebuah persahabatan... Perpisahan... ternyata amat menyakitkan, Sering kali mengundang air mata, Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama, Bagaikan disentap pergi serta-merta, Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........, Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah, Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan... Sekiranya ingatanmu singgah padaku, Kirimlah sepotong doa tika itu, Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini, Jika tidak di dunia fana ini, Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi... Insya-Allah!!!

no idea..

sronoknerrr tgok umi...relax je sem ni...xpyh nk pk berat2...tidopn trlbh cukup...aku nie,tidopn xtenang...sedih...sedih...kpd shbtku....fida ke...mai ke...dr dok kat umah...mehla cni tolong aku.ade pekdahnye...pahalepn dpt...ahakssss....

urmmm....

seperti biase...arienie xde pape yg istimewa...so truskan idup...

Tuesday, October 20, 2009

hari-hari sebelum pra-cipta

tinggal 8 hari lg sblm Pra Cipta 1. Aku tgk kwn2 aku sume brtungkus lumus siapkan work msing2...mcm nak mnempuh exam besar je sume... tension...tension...
harap sumenya berjalan dgn lancar...
da x sanggup aku nk hadap sume nie...
aminnnnnnnnn......
ya allah berkatila aku...smoga aku berjaya..

Monday, October 19, 2009

aku terluka

aku mmg bengang arinie...niat yg baik disalh erti...ade ke patut. bkn nk tanye elok2...xpun soal selidk...
klu ye pn mrh kat nyamuk..jgnla nk bakar kelambu sekali..org mcm ni...eloknye anta kat tanjung rambutan...senang....
Sakit ati aku...tp ape nk buat.kuase bkn kt tangan aku....trpaksela aku bersbr...klu x, da lame aku jawab blik....
ade ke patut....tuduh aku ngan member aku yg bkn2...xde lgsg rs hormat kat orang lain....Crazy Bitch!!!!